// segalanya tentang wawa dan mommy segalanya tentang wawa dan mommy

Friday, September 12, 2014

Bila anak demam..Mak pon join demam!Sila Berangan !

camnilah gamaknya muka aku hari ni..serabai tak terurus!! Arghh tensen !
Bila anak demam , mak pon turut "demam" .
Tak terurus daku dibuatnya.
Tak payah perasan supermom sangat lah.
Anak demam confirm mak sekali akan jadi nak pengsan.
Mengurus anak demam bukan nya kerja yang boleh diambil mudah.
Dengan kudrat dah 35tahun ni, Nak angkat anak lelaki umur 2 tahun yang berat 11kg pon dah rasa mengah.
Bukannya sekali , tetapi dalam sehari hampir 5,6 kali ku angkut ke bilik air. patut kurus dah aku neh .tapi tak kurus juga sebab bila stress tamaru ..aku pon start la mengigit apa yg ada atas meja makan heheehe.


Ikutkan memang letih tetapi ini ialah tugasan yang Allah bagi kepada seorang ibu.


Jadi nak elak dari aku jadi Harimau Jadian disebabkan keletihan melanda , aku akan banyakkan minum air kosong dan ambil multivitamin. Hari ni pepagi lagi after breakfast aku makan spageti yang aku masak semalam (yg tak abis tak basi lagi takkan nak buang membazir kang). Pastu telan multivitamin paling tua di dunia.. apa lagi kalau bukan vitalea multivitamin tu! aku makan serentak dengan Vit C .

Nak jadi Misi kena lah diri sendiri sihat dan gagah perkasa.


So hari ni aku memang sepanjang hari duk rumah bagi anak makan ,basuh yak yak anak, mandikan derang dan bermain dgn derang.(warghhh bunyi mcm mithali sangatlah) tapi aku sempat la menjerit2 bila si wawa buat adik dia menangis kan.
Tipulahh kalau aku x menjerit bagai nak rak.. kalau dah tersungkur si ameer tu . Haihh beginilah kehidupan ibu tanpa maid di rumah .. Bertabah sajalahh.

sibbaik aku neh jenis cekal dan tabah .. aku faham sangat kenapa ada perempuan yang meroyan ..sanggup dera anak bagai. maybe dia stress sgt2x bila jaga anak ..tetapi tak pandai nak kontrol stress.

Sebab itulah time solat sila solat cepat cepat ..At least air wudhuk tu bole kasikan kita cool ..hilang amarah apabila stress. bukan nak kata aku neh warak ka apa. tapi mmg betul nak elak dari stress sila solat di awal waktu.

Sepanjang minggu ni aku tak cukup tidur , paling banyak aku tidur 4 jam sehari je kot. dah mcm panda dah aku ni. Isnin lepas aku kena setelkan hal study aku dengan sensei jepun kat UTM , malam tu aku sibuk update kerja lain sampai 3 jam je tidur  . sibbaik aku bijak ! (angkat bakul bolos)! aku sempat pekenakan Krim Malam Hebat kat muka aku sebelum aku tidur. Mmg aku target nak kurangkan eyebag pagi esok sbb aku nak jumpa supervisor aku kan. so menjadi gakla last minit tips ,aku tempek krim Malam Hebat tu! Tengok tengok mata aku tak sempat jadi panda ..Alhamdulillah .. jadi mata cun! dan kulit perahsan cun! Hah bab perasan ni mmg tak leh lari dah! sesapa yang pakai Krim Malam Hebat ni kompem korang pon Terpaksa Perasan Cun di pagi hari .. betul tak tipu! 
Nak tahu Krim Malam yang mana? 
KLIK SINI KRIM MALAM HEBAT

banyak misi aku nak kejar september ni .kelas menjahit yg aku ushar kat PUJ pon aku tak call lagi owner nya.
sebab dah teralik buat benda lain .. sibuk monitor orang baiki tangga rumah banyak kerja mak jenin aku terbengkalai.

Btw aku banyak belajar gak bila reno rumah ni.

pasal camne nak dapatkan lesen approval utk reno rumah. prosedure tu ada la aku belajar ..pastu camne nak design ruang sempit dalam rumah supaya jadi useful . ala2 jepon la.
warghh tiba2 aku ni dah mcm belajar arkitek plak..orang suka berangan mcm ni lah. aku boleh survey sesuatu benda kat internet berjam jam ..hahhaa nak ceduk idea orang.. nak buat sendiri tak pandai kan ..copycat pon jadi lah !
Ini adalah antara idea aku utk bahagian tanah depan rumah aku. aku nak extend biar jadi ala2x bay window.

Pening kepala asben aku dengar . hahaha alang alang reno tu buat biar puas hati no!

Pastu ruangdalam soho aku berangan nak wat camni.

kenkunun mengadap taman nirwana depan rumah.
ewahh pape pon rumah aku taman hapa pon tarak.
Aku rasa kena start gardening kalau soho aku siap.
or aku upah adik aku ja .dia belajar sains pertanian kat Kolej Risda ! 
dah nak konvo pon next month! kalau dah konvo tu sila la buat kerja tambahan kat rumah aku sebagai tukang kebuh huhu. daripada ko menganggur gitu je kan .. Ouh ya lupa lak adik aku bukan memganggur dia sambung ke peringkat lebih tinggi dlm bidang bertani tu juga. Mesti bangga ayah aku sebab ada gak yg minat bertani mcm ayah aku kat kg . 

walaupon dia x sempat bertani kerana busy urusan kedai . tapi dia sanggup upah org suh tanam buah buahan dan getah kat dusun dia kat Jeli nun AKu mmg tabik spring kat ayah ! dia mmg gigih ! thanks ayah sbb rajin usaha utk kami anak-anak ( cehh perasannn mcm laaa dusun tu dapat diwarisi kat aku hahaha belum pape lagi dah terfikir nak warisi harta mak ayah ..aduiyaiiii astaga!) bawak mengucap laaa auntie kemai!


 meh sambung berangan lagi ..
nanti Bahagian dapor aku dah berangan wet kitchen dan dry kicthen mesti ada.
Wet Kitchen untuk aku bertukang .

Dry kitchen utk aku baking or main masak2 yang tanpa guna dapor gas. guna oven je . Ni faris dah ckp dia nak belajar buat cupcake sendiri. so kami anak beranak pon start berangan lagi.


pastu aku berangan balkoni kat atas yang jarang guna sampai berabuk dah situ, aku nak jadikan mini library mcm gambar ni..walaupon sempit tapi sgt berguna jika dipenuhi dgn buku2x bahan bacaan kami anak beranak.. kalau jd aku rasa aku tidur lepak makan kat sini je kot hehe...ii naa imagine dekinai nee..

Semoga apa yang dirancang berjalan lancar..Hopefully within bajet lah . kalau tak sila la nyanyi sendiri " Pelangan anganku musnah"!
Hopefully menjadi la AMIN!


Friday, September 5, 2014

Laksa Segar di Pasar Borong Seri Kembangan.

Ibu busy macam saya memang suka masak yang mudah mudah sahaja.
Janji anak makan habis sepinggan sampai kekenyangan sudah.

Semalam saya sempat memasak makanan fav anak saya iaitu Laksa Kelantan. 
Laksa dan Laksam saya beli dari Pasar Borong Selangor berdekatan dengan rumah saya di Seri kembangan.
Beli 2kg cukup untuk dinner hingga breakfast keesokan pagi nya. Cukup untuk kami 5 beranak.
Kedai runcit kelantan yang saya suka membeli belah .segala mak nenek ada termasuk la nissey (gula melaka ori dari kelantan)


Jadi lepas memborong laksa dan ikan sardin .
Kami pulang ke rumah hanya perlu masak kuah nya sahaja.
Ulam mudah ja potong potong tak sampai 30min siap la semua sekali .
senang kan. Janji bahan bahan cukup lengkap.

Resepi Kuah Laksa Lemak yang biasa saya amalkan:
(bahan blend)
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah size sederhana
6~7 ekor sardin size sederhana di rebus .
(rebus ikan sardin dgn lengkuas, asam keping dan gula melaka(nissey) dan sedikit garam)
Ambil isi ikan sahaja tulang & kepala nya sedekah kepada kucing kucing kesayangan korang .
2 batang serai
sedikit halia
sedikit belacan
sedikit lada hitam

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender.
blend hingga hancuss..Ouh ya jgn lupa masukkan air rebusan ikan supaya proses blend menjadi lebih lancar.

kemudian masukkan hasil blend tadi ke dalam periuk ..panas kan api ..dan masukkan santan..kacau kacau hinggalah sebati santan dan ikan.Akhir sekali taruk asam keping dlm 2 keping je pastu masukkan garam dan gula melaka secukup rasa,
Tadaaaa! siap la kuah laksa fav saya tu.

Ulam :
daun kesum, timun, taugeh dan kacang panjang, limau purut sikit 

Kalau ada cili tumbuk lagi sedap ..

senang kan..Jom Makan.
Bismillah ~ Itadakimasu~



Friday, August 15, 2014

Segalanya bermula di sini

Assalammualaikum ya ahli blogger ..hehehe..

setelah dipujuk oleh salah seorang peminat ( haha perasan retis ler tewww) ..ada peminat gak aku yang suka membebel tak tentu pasal ni yek.
ada yang minta aku buat blog utk update resepi dan apa yang aku suka kat blog.

status mommy kemai? kompem bini orang ..beranak 3 dah . kena mengaku status awal awal takut ada orang nak omiai .hehehe jangan coba coba ya . kenal dari jauh sudah .
suka suki share cerita kat blog utk para ibu mcm aku .. suka share pasal resepi dan tips parenting .. 

dan perkara yang tak dapat dipisahkan oleh kaum wanita ialah pasal Kecantikan!
yg ni bab aku suka juga selain dari bab makan..Makan suka ..cantik dan slim pon suka .. Jadi banyak tips aku nak share walaupon kuat makan kita mesti maintain slim n chomel lote gitew kekekeke.
tiada niat lain utk gedix atau meretis tak tentu pasal yer :P 

Walaupon sudah menjadi ibu kepada 3 anak-anak yang chomel !tapi kenkawan yang ketemu kata tak nampak macam mak orang pon (cewahh ni mmg bikin kembang hidung gebah gebahh )

berkat suka SENYUM mmg awet muda ..senyumlah dari hati ..senyuman mu berseri!!

Memandangkan jadi surirumah adalah satu aktiviti yang sangat rare buat aku .. aku start jadi surirumah fulltime pada Ogos 2013 yer. sebelum itu aku adalah macai jurutera bermula dari 2003 ~ 2013 ..ouh mak aihhh! hampir sepuloh tahun kau jadi kuli orang yer mokcik! 



tak macam aku kerja dulu ..ouh ya aku dulu mmg workaholic abis ..jarang la buat kerja rumah ni.. 
dulu aku selalu kena kutuk tak reti masak ..asyik makan beli ja .. now neh sudah tidak lagi ..hahahaha suka suki yer kutuk aku yer .. zaman aku kerja logik la aku tak sempat masak kan ..

bila dah berenti kerja ..masa untuk balas dendam kesumat !byk masa diabadikan di rumah dengan anak-anak maka byk la aku bole update pasal masakan ke yeah yeah jgn jeleshh!..pasal parenting ke dan pasal benda2 yang aku minat .. aku peminat budu tegar!!

budu pon jadi lebih sedap dimakan kalau kena cara cewahh!
tp budu mmg fav food kan kekeke sapa tak mkn mmg satu kerugian tauu!

nahh amek hadiah gambar budu yang menjelirokan tekak korang ahakss.

sejak wujudnya smartphone maka makin rakus aku men-update mcm2x kat fb .. nak kuar g pasar borong pon aku update .. kah kah kah..niat aku pon nak bagi orang tahu apa yang best ada kat pasar borong tu !

Memandangkan aku dipaksarela buat blog oleh kenalan rapat .

Maka hari ini 15 Ogos 2014 ,, sejarah aku start blogging pasal life aku plak .cewahh perasan retis la ni ...zaman sekarang semua nak share kat blog or twitter or instagram ye ?takla semua ..share pon biar berpada pada ye kan. cerita dalam kain jangan di jaja ke luar.. cerita pasal makan wajib dijaja hahahah!

walau pon tidak la sefemes artis mcm neelofa tu .
rugi korang tak follow blog ni tau.
aku bakal share pelbagai cerita ceriti ..kehidupan masam manis aku dan anak anak ..
stay tune while it last ek.

salam perkenalan dari aku dan wawa buat semua rakan-rakan blogger.
semoga korang semua baik-baik aja ..ceria dan happy selalu.

Topik hot rakan-rakan di FB dan Whatsapp duk tanya aku hari ini:

1) kat mano nak beli nissey ori dr kelate
2) mana nak cari rempah gulai darat dgn kerutuk
3) kat mana nak beli laksa dan laksam hok ready to eat?

ini semua berlaku setelah aku telah menghuruharakan fb wall ku dengan masakan aku yang tidak seberapa tu kan hehee.

Gulai ikey ayo (ikan tongkol) mommy kemai 

Kalau nak cari bahan-bahan untuk senang memasak masakan selera pantai timur.
Sila jejakkan kaki korang ke psr borong selangor . 

jangan tersilap pasar borong selangor BUKAN pasar borong selayang. ramai yang tak tahu kewujudan pasar borang selangor ni. 
lokasi pasar borong selangor di sini ya kenkawan.
lokasinya ialah dekat area Taman Equine, Seri Kembangan.
(klik gambar utk keterangan lanjut)
Peta Lokasi Pasar Borong Selangor
ada kedai runcit yang menjual barangan yg diimport dari kelantan dan terengganu seperti : laksam dan laksa basah , gula nissey (gula nira) , asam keping basah , ikan tambang kering, rempah kerutuk , rempah gulai darat etc 
(waduss mmg selera pantai timur sungguh!)

mesti uols geng pantai timur teruja nak jejak kedai tu kan ?
Rujuk pic & nama kedai seperti dalam gambar yer.


Wawa cyan di hadapan kedai runcit favourit mommy kemai
okaylah sekian dahulu topik pasal selera pantai timur dan pasar borong selangor. 

jumpa lagi ya di next entry yang bakal memberikan anda info best best insyaALLAH.

regards,
Mommy kemai & Wawa cyan 
2 spesis ni kalau bergabung pasti kebabomm!