// segalanya tentang wawa dan mommy : Bila anak demam..Mak pon join demam!Sila Berangan ! Bila anak demam..Mak pon join demam!Sila Berangan !segalanya tentang wawa dan mommy

Friday, September 12, 2014

Bila anak demam..Mak pon join demam!Sila Berangan !

camnilah gamaknya muka aku hari ni..serabai tak terurus!! Arghh tensen !
Bila anak demam , mak pon turut "demam" .
Tak terurus daku dibuatnya.
Tak payah perasan supermom sangat lah.
Anak demam confirm mak sekali akan jadi nak pengsan.
Mengurus anak demam bukan nya kerja yang boleh diambil mudah.
Dengan kudrat dah 35tahun ni, Nak angkat anak lelaki umur 2 tahun yang berat 11kg pon dah rasa mengah.
Bukannya sekali , tetapi dalam sehari hampir 5,6 kali ku angkut ke bilik air. patut kurus dah aku neh .tapi tak kurus juga sebab bila stress tamaru ..aku pon start la mengigit apa yg ada atas meja makan heheehe.


Ikutkan memang letih tetapi ini ialah tugasan yang Allah bagi kepada seorang ibu.


Jadi nak elak dari aku jadi Harimau Jadian disebabkan keletihan melanda , aku akan banyakkan minum air kosong dan ambil multivitamin. Hari ni pepagi lagi after breakfast aku makan spageti yang aku masak semalam (yg tak abis tak basi lagi takkan nak buang membazir kang). Pastu telan multivitamin paling tua di dunia.. apa lagi kalau bukan vitalea multivitamin tu! aku makan serentak dengan Vit C .

Nak jadi Misi kena lah diri sendiri sihat dan gagah perkasa.


So hari ni aku memang sepanjang hari duk rumah bagi anak makan ,basuh yak yak anak, mandikan derang dan bermain dgn derang.(warghhh bunyi mcm mithali sangatlah) tapi aku sempat la menjerit2 bila si wawa buat adik dia menangis kan.
Tipulahh kalau aku x menjerit bagai nak rak.. kalau dah tersungkur si ameer tu . Haihh beginilah kehidupan ibu tanpa maid di rumah .. Bertabah sajalahh.

sibbaik aku neh jenis cekal dan tabah .. aku faham sangat kenapa ada perempuan yang meroyan ..sanggup dera anak bagai. maybe dia stress sgt2x bila jaga anak ..tetapi tak pandai nak kontrol stress.

Sebab itulah time solat sila solat cepat cepat ..At least air wudhuk tu bole kasikan kita cool ..hilang amarah apabila stress. bukan nak kata aku neh warak ka apa. tapi mmg betul nak elak dari stress sila solat di awal waktu.

Sepanjang minggu ni aku tak cukup tidur , paling banyak aku tidur 4 jam sehari je kot. dah mcm panda dah aku ni. Isnin lepas aku kena setelkan hal study aku dengan sensei jepun kat UTM , malam tu aku sibuk update kerja lain sampai 3 jam je tidur  . sibbaik aku bijak ! (angkat bakul bolos)! aku sempat pekenakan Krim Malam Hebat kat muka aku sebelum aku tidur. Mmg aku target nak kurangkan eyebag pagi esok sbb aku nak jumpa supervisor aku kan. so menjadi gakla last minit tips ,aku tempek krim Malam Hebat tu! Tengok tengok mata aku tak sempat jadi panda ..Alhamdulillah .. jadi mata cun! dan kulit perahsan cun! Hah bab perasan ni mmg tak leh lari dah! sesapa yang pakai Krim Malam Hebat ni kompem korang pon Terpaksa Perasan Cun di pagi hari .. betul tak tipu! 
Nak tahu Krim Malam yang mana? 
KLIK SINI KRIM MALAM HEBAT

banyak misi aku nak kejar september ni .kelas menjahit yg aku ushar kat PUJ pon aku tak call lagi owner nya.
sebab dah teralik buat benda lain .. sibuk monitor orang baiki tangga rumah banyak kerja mak jenin aku terbengkalai.

Btw aku banyak belajar gak bila reno rumah ni.

pasal camne nak dapatkan lesen approval utk reno rumah. prosedure tu ada la aku belajar ..pastu camne nak design ruang sempit dalam rumah supaya jadi useful . ala2 jepon la.
warghh tiba2 aku ni dah mcm belajar arkitek plak..orang suka berangan mcm ni lah. aku boleh survey sesuatu benda kat internet berjam jam ..hahhaa nak ceduk idea orang.. nak buat sendiri tak pandai kan ..copycat pon jadi lah !
Ini adalah antara idea aku utk bahagian tanah depan rumah aku. aku nak extend biar jadi ala2x bay window.

Pening kepala asben aku dengar . hahaha alang alang reno tu buat biar puas hati no!

Pastu ruangdalam soho aku berangan nak wat camni.

kenkunun mengadap taman nirwana depan rumah.
ewahh pape pon rumah aku taman hapa pon tarak.
Aku rasa kena start gardening kalau soho aku siap.
or aku upah adik aku ja .dia belajar sains pertanian kat Kolej Risda ! 
dah nak konvo pon next month! kalau dah konvo tu sila la buat kerja tambahan kat rumah aku sebagai tukang kebuh huhu. daripada ko menganggur gitu je kan .. Ouh ya lupa lak adik aku bukan memganggur dia sambung ke peringkat lebih tinggi dlm bidang bertani tu juga. Mesti bangga ayah aku sebab ada gak yg minat bertani mcm ayah aku kat kg . 

walaupon dia x sempat bertani kerana busy urusan kedai . tapi dia sanggup upah org suh tanam buah buahan dan getah kat dusun dia kat Jeli nun AKu mmg tabik spring kat ayah ! dia mmg gigih ! thanks ayah sbb rajin usaha utk kami anak-anak ( cehh perasannn mcm laaa dusun tu dapat diwarisi kat aku hahaha belum pape lagi dah terfikir nak warisi harta mak ayah ..aduiyaiiii astaga!) bawak mengucap laaa auntie kemai!


 meh sambung berangan lagi ..
nanti Bahagian dapor aku dah berangan wet kitchen dan dry kicthen mesti ada.
Wet Kitchen untuk aku bertukang .

Dry kitchen utk aku baking or main masak2 yang tanpa guna dapor gas. guna oven je . Ni faris dah ckp dia nak belajar buat cupcake sendiri. so kami anak beranak pon start berangan lagi.


pastu aku berangan balkoni kat atas yang jarang guna sampai berabuk dah situ, aku nak jadikan mini library mcm gambar ni..walaupon sempit tapi sgt berguna jika dipenuhi dgn buku2x bahan bacaan kami anak beranak.. kalau jd aku rasa aku tidur lepak makan kat sini je kot hehe...ii naa imagine dekinai nee..

Semoga apa yang dirancang berjalan lancar..Hopefully within bajet lah . kalau tak sila la nyanyi sendiri " Pelangan anganku musnah"!
Hopefully menjadi la AMIN!


1 comment:

  1. haha...chayok chayok...i pon hidupkan balik blog yang berkubor tuh...myreviu.blogspot.com. bila ade geng merapu ni syiok sket....huhuhu

    ReplyDelete